Bersenam bagus utk kesihatan kan....aku rasa pasti ramai pembaca2 semua yg selalu bersenam kan...tp bersenam pun ada garis panduannya. Ini adalah penting utk melindungi diri korang semua dari tercedera atau dari kejadian2 yg tidak diingini.
Berikut adalah garis panduannya:
1) Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan. - Yg ni penting utk org2 yg dah berumur dan yg ada penyakit kronik...kot2nye nnt pengsan ker apa ker masa bersenam tu....susah nanti...
2) Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas. Mula2 tu, bersenam laa lam lebih kurang 10-15 min jer dulu. Lps tu, boleh laa tambah 2-3 min setiap minggu sehingga jadi 30 min.
3) Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan utk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman. Kalau tak, nnt bangun tido esok pagi, badan korang rasa sakit2, susah pulak nak gi keje....
4) Menyejukkan badan dgn membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan regangan bg mengelakkan pening dan sakit.
5) Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.
6) Berhenti dengan serta-merta jika anda mengalami ketidakselesaan, sakit atau pening2.
7) Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yg sesuai. Jgn pakai high-heel laks...hehehe
8) Masa yg paling sesuai utk melakukan senaman ialah sebelum 9.30 pg atau pun selepas pukul 6 ptg. Sbb waktu lain2 tu panas laa....nnt hangus lak kulit korang semua...
9) Persekitaran tempat senaman perlulah mempunyai permukaan yg rata, suhu/kelembapan udara terkawal, kawasan redup/teduh dan tempat yang cukup terang.
10) Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan air dalam badan yang telah keluar sebagai peluh.
11) Amalkan senaman pernafasan antara senaman.
12) Jika anda mempunyai berat badan yg lebih a.k.a gemuk, jgn lakukan senaman yg terlalu agresif dan cuba minimakan pergerakan yg berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan otot.
kalau malas bersenam...camner??
ReplyDeletehuhu..sy lah tu
thanks for sharing..:)
ReplyDeletemeh ke rumah..
~mahu gigit²~
keep in touch ye..♥♥♥
wah.. info yang berguna.. thanks..
ReplyDeleteJom terjah Entri baru !!
AWAS : Bahana Lagu Terbaru Lady Gaga !!
thanks all sbb sudi bertandang ke blog ku....:D
ReplyDelete