Tuesday 24 May 2011

Khasiat Habbatus Sawda (Jintan Hitam)






Habbatus sawda adalah sejenis herba yang boleh didapati di kawasan-kawasan tertentu terutama di Mediterranean dan telah diamalkan sejak zaman nabi.

Walaupun masyarakat Melayu mengenalinya sebagai jintan hitam, tetapi bentuknya berbeza dengan jintan manis atau putih.

Bersaiz lebih kecil berbanding jintan manis dan berwarna hitam, ia mengeluarkan sejenis bau yang nipis dan berempah tetapi tidak terlalu kuat.

Jika dimakan mentah-mentah atau masih belum diproses rasanya agak pahit.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah berkata, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Gunakanlah habbatus sawda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat daripada segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut).”



BIJIAN jintan hitam diperoleh dari pistil bunganya.



Menurutnya, hadis sahih riwayat Al-Bukhari itu adalah saranan dan galakan Rasulullah kepada umatnya untuk menggunakan herba tersebut.

“Ia bertindak sebagai penyelaras perjalanan darah dan ia tidak khusus kepada satu-satu penyakit sahaja.

“Ia lebih banyak mencegah penyakit daripada mengubatinya,” kata Mohd. Daud ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Disebut dalam al-Quran

Kata Daud, atas gesaan Nabi itu, para sahabat seperti Saidina Ali dan Abdullah Auf turut sama mengamalkan habbatus sawda.

Sebaik-baiknya, habbatus sawda dimakan bersama madu, tambahan pula terdapat ayat dalam al-Quran, surah An-Nahla ayat 68 menceritakan berkenaan manisan lebah itu.

Mohd. Daud menegaskan, setiap perkara yang disebut dalam hadis dan al-Quran adalah yang terbaik untuk umat manusia serta mempunyai khasiat yang banyak.

Ia terbukti secara saintifik melalui kandungan bahan-bahannya yang terdiri daripada glukosa, polisakarida, kalsium, ferum, karotan dan asid amino.

Pakar Pemakanan Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Shariza Abd. Razak berkata, habbatus sawda juga berfungsi sebagai bahan antitumor.

“Jadi, habbatus sawda amat baik untuk mengurangkan risiko dan mengawal penyakit kanser serta mampu meningkatkan kekuatan sistem imunisasi badan melawan penyakit seperti selesema,” katanya.

Menurut Dr. Shariza, individu yang mengalami alahan juga sesuai menggunakan habbatus sawda kerana terdapat bahan antihistamin di dalam jintan hitam itu.

“Bahan tersebut akan melawan histamin yang dihasilkan di dalam badan ketika alahan berlaku dan ia sesuai digunakan oleh penghidap ekzema atau radang kulit,” ujarnya.



Tinggi glukosa

Habbatus sawda juga boleh membunuh kuman kerana ia bertindak sebagi antibakteria.

Sehubungan itu, pesakit yang mengalami jangkitan bakteria terutamanya escherichia coli atau E. coli yang menyebabkan cirit-birit dan masalah penghadaman boleh mengamalkanya.

Bagi individu yang sentiasa mengalami keletihan dan sering tidak bermaya, habbatus sawda amat sesuai diamalkan kerana kandungan glukosanya yang tinggi.

“Habbatus sawda boleh bertindak sebagai bahan penambah tenaga dan biasanya dijadikan minuman atau sebagai salah satu bahan campuran dalam minuman seperti kopi dan teh,” ulas Shariza.

Selain dijadikan minuman, pengguna bebas membuat pilihan dalam apa bentuk sekalipun seperti kapsul atau minyak.

“Tiada had tertentu dalam pengambilannya malah kajian mendedahkan, seorang individu yang sihat dengan berat badan sebanyak 50 kilogram boleh mengambil antara satu hingga dua sudu teh sehari,” ulasnya.

Bagi sesetengah individu, jika habbatus sawda diambil berlebihan ia akan menyebabkan ketidakselesaan badan, panas badan dan gangguan fungsi tubuh tetapi ia masih lagi selamat untuk diambil.

“Tindak balas bergantung kepada individu dan sebaik-baiknya, ambil dalam sukatan yang disyorkan,” katanya berkongsi tip.

Wednesday 18 May 2011

Penghuni flat Singapura minum air mayat



BEBERAPA anggota polis memeriksa bumbung flat di Blok 686B,Woodlands Drive 73, Sembawang selepas mayat seorang amahIndonesia ditemui dalam sebuah tangki air kelmarin.


SINGAPURA - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.

Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.

Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.

Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.

"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi

Sumber : KOSMO!Online

Monday 9 May 2011

Trend baru tindik korset pada tubuh

Assalamualaikum wbt semua...:)
Macam2 trend orang2 zaman sekarang...yg sy nak cerita ni, trend tindik korset pada tubuh. Pelik2 ye trend sekarang, tindik korset pun ada org nak buat...bukannye cantik pun kalau kita tengok...Benda ni berlaku di London. Kat bawah ni saya copy ceritanya dari Kosmo!Online...


BENTUK korset yang ditindik dekat leher.

LONDON - Korset yang ditindik pada kulit badan merupakan trend terbaharu yang diminati oleh golongan muda bagi menggantikan tatu.
Kos untuk menindik beberapa subang pada tubuh untuk meletakkan reben yang dijadikan korset itu melibatkan kos sehingga £300 (RM1,473).
Bagaimanapun, seorang doktor bedah memberi amaran bahawa korset itu akan menyebabkan parut pada badan buat seumur hidup dan jangkitan kuman.
Korset itu ditindik di bahagian belakang badan, tulang rusuk dan leher namun parut akan muncul dalam tempoh beberapa minggu.
Bagaimanapun, seorang wanita yang menawarkan perkhidmatan itu di Southampton, Laura Hunt berkata: "Ia tidak berbahaya kerana subang yang ditindik itu di permukaan tubuh dan tidak terlalu dalam." - Agensi

Tuesday 3 May 2011

Punca senggugut teruk

Endometriosis sekat renangan sperma


PEMBEDAHAN hanya dilakukan jika ukuran sista sudah melebihi lima sentimeter.


SETIAP kali helaian kalendar di atas mejanya bertukar, Atikah Aswad, 30, diburu perasaan bimbang, lebih-lebih lagi apabila tarikh semakin menginjak ke tengah bulan.

Ketika itu, biasanya Atikah akan kedatangan haid. Apa yang cuba dielakkan oleh eksekutif di sebuah syarikat swasta ini ialah sakit senggugut yang ditanggungnya.

“Sejak awal tahun 2010, senggugut menjadi semakin teruk sehingga saya terpaksa mengambil cuti sakit tiga atau empat hari dalam sebulan.

“Saya hanya mampu baring dan mengiring sambil mengerekotkan badan apabila rasa kejang itu menyerang,” akuinya.


Sperma

Pada mulanya Atikah menganggap senggugut itu berpunca daripada tekanan kerja namun selepas beberapa bulan, dia nekad untuk berjumpa doktor.

“Disebabkan saya tidak mengalami gangguan kitaran haid, cuma diserang kejang perut yang teruk ketika datang bulan, doktor mengesahkan saya sihat. Malah, ujian darah dan imbasan ultrabunyi di bahagian pelvis mendapati saya normal.

“Namun, selepas keadaan berlarutan, saya berjumpa dengan pakar perbidanan dan sakit puan pula.
“Apa yang mengejutkan, pada bulan November lalu, selepas dua tiga kali menjalani pemeriksaan, rundingan dan rawatan, doktor berpendapat saya mungkin mempunyai sista endometriosis di bahagian kanan ovari.
“Doktor mencadangkan agar sista itu dibuang namun saya takut tidak mampu hamil selepas pembedahan di bahagian ovari dilakukan,” katanya yang sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun namun belum dikurniakan cahaya mata.

Selepas mendapatkan pandangan daripada pakar perbidanan dan sakit puan yang lain, Januari lalu, Atikah menjalani pembedahan laparoskopi dan sista sebesar tujuh sentimeter berjaya dibuang dari ovari kanannya.
“Sekarang saya tidak lagi dihantui rasa sakit dan ngilu semasa haid ataupun bersama suami,” ujarnya yang kini dalam proses menopaus sementara.

Merungkai kewujudan sista endometriosis dalam kalangan wanita, Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dari Damai Service Hospital, Dr. Mahes Sittampalam memberitahu, semua wanita yang sedang dalam fasa subur berisiko mendapat sista endometriosis.

“Sista endometriosis adalah keadaan di mana tisu yang menyerupai selaput rahim tumbuh di luar rahim seperti di ovari, tiub fallopian, usus, pundi kencing dan pelvis.

“Ia sepatutnya gugur dan menjadi darah semasa datang haid, tetapi sisa-sisa darah yang tidak gugur dan melekat di kawasan lain ini bertukar menjadi sista.

“Keadaan ini menjadikan pesakit berasa tidak selesa dan sakit di kawasan bawah perut dan belakang setiap kali datang haid ataupun ketika mengadakan hubungan suami isteri,” jelasnya.

ENDOMETRIOSIS juga merupakan punca utama ketidaksuburan wanita.


Menurut Mahes lagi, tidak hanya mendatangkan rasa tidak selesa, endometriosis juga merupakan punca utama ketidaksuburan wanita.

“Sista yang terdiri daripada gumpalan darah lama itu biasanya melekat di kawasan tiub fallopian dan ovari.
“Jika keadaan ini berlaku, ia akan menghalang laluan sperma untuk sampai ke telur.
“Jika berlarutan, sista boleh membesar dan pesakit sukar untuk hamil,” katanya.

Mempunyai ciri-ciri seperti barah iaitu boleh membesar dan merebak, bagaimanapun, pesakit tidak perlu risau kerana sista tidak boleh bertukar menjadi kanser.

“Pesakit kebiasaannya mengalami senggugut teruk, pendarahan yang banyak, sakit semasa buang air besar atau kecil, cirit-birit atau sembelit.


Hamil
 
“Senggugut yang teruk dikaitkan dengan sista yang membengkak disebabkan rangsangan estrogen yang dirembeskan semasa haid.

“Tompokan sista yang pecah pula akan memburukkan keadaan kerana perut akan mengalami kekejangan berganda,” katanya.

Boleh dikesan melalui gejala-gejala yang dihadapi pesakit, tompokan darah lama ini diakui sukar untuk dikesan menggunakan ujian ultrabunyi atau ujian imbasan.

“Kaedah terbaik untuk memastikan pesakit itu mendapat endometriosis adalah melalui ujian laparoskopi di mana kita akan memasukkan tuib berkamera di sekitar kawasan peranakan.

“Pembedahan hanya dilakukan jika ukuran sista sudah melebihi lima sentimeter dan wanita tersebut ingin mengandung.

“Jika sista yang ditemui kecil, ia boleh dikawal dengan mengambil suntikan Danazol, Lucrin Depot ataupun Depo-provera. Pil perancang juga boleh digunakan dalam sesetengah kes,” ujar Mahes.

Kehadiran sista bagaimanapun tidak akan mengganggu tumbesaran janin sekiranya pesakit hamil.

“Endometriosis melekat di luar kawasan rahim. Jadi, janin tidak ada masalah untuk membesar.

“Namun, jika sista terus membesar dan memberi simptom kesakitan mengejut kepada si ibu sepanjang tempoh kehamilan, pembedahan untuk membuang sista perlu dilakukan.

“Jika tidak, kita hanya memeriksa tumbesaran sista tersebut. Malah, kalau pesakit hamil, ia adalah petanda bagus kerana mengandung adalah rawatan semula jadi untuk sista ini.

“Apabila wanita hamil, rangsangan estrogen yang hadir setiap kali datang haid akan terhenti untuk tempoh 10 bulan atau lebih.

“Keadaan ini menyebabkan sista mengecut dan hilang secara semula jadi,” katanya yang pernah merawat pesakit yang mempunyai sista sebesar 20 sentimeter.

Sumber: KOSMO!Online

Dewan Bedah Tercanggih di Malaysia

Dewan bedah tercanggih di Malaysia

Sumber : KOSMO!Online






PEMBANGUNAN dewan bedah berteknologi tinggi di negara ini dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih bukan sahaja mampu meningkatkan taraf kesihatan ke tahap yang lebih tinggi malah, boleh menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Usaha yang dilakukan Pusat Perubatan Universiti kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak beberapa tahun lalu kini patut diberi pujian kerana mereka berjaya membangunkan sebuah dewan bedah berdefinisi tinggi (HD) yang dinamakan OR1 bagi memastikan pesakit dibedah dalam suasana yang lebih selamat.

Ruang kondusif dan peralatan penyelesaian lebih ergonomik pula dibekal oleh syarikat penyediaan peralatan pembedahan, Karl Storz dari Jerman menjadikan bilik bedah OR1 lebih dinamik. Ia sekali gus menggalakkan pelancongan kesihatan yang semakin popular hari ini.

Istimewanya dewan itu kerana berupaya membantu pakar bedah menjalankan pembedahan melalui pengawalan sistem peralatan perubatan selain boleh mengadakan lintas langsung atau telekonferens dengan pakar sama ada di dalam atau luar negara.

Timbalan Pengarah Pusat Kemahiran Pembedahan Lanjutan (ASSC) PPUKM, Prof. Dr. Hanafiah Harunarashid memberitahu, OR1 merupakan teknologi pertama di Asia Tenggara dan Malaysia sangat bertuah menjadi negara pertama menggunakannya.

Menurut beliau, pakar bedah juga mampu meminimumkan kesilapan ketika melakukan pembedahan laparoskopik dan endoskopik kerana mereka berupaya mengawal penuh sistem komputer, kuasa lampu, suhu dewan bedah dan sebagainya.

Kata beliau, perkembangan teknologi dewan bedah tersebut yang menggunakan aplikasi elektronik membolehkan operasi bedah berjalan lebih lancar dan mudah berbanding dewan bedah terdahulu yang kurang teratur.

Kata pakar bedah itu lagi, walaupun teknologi laparoskop yang digunakan ketika pembedahan laparoskopik dibangunkan sejak tahun 1980-an tetapi, pada ketika itu hanya melibatkan alatan asas berbanding teknologi terkini yang banyak mengaplikasi aspek elektronik.

Skrin HD dan sentuh



MALAYSIA menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki bilik bedah OR1.



“Dewan bedah itu dianggap istimewa kerana kita menggunakan peralatan paling canggih. Jadi, kita boleh lakukan pembedahan laparoskopik tanpa membuat pembedahan terbuka lagi.

“Paparan skrin berdefinisi penuh sangat jelas berbanding sebelum ini bahkan, kita boleh menggunakan alat dengan lubang sekecil lima milimeter (mm) untuk memasukkan peralatan ke dalam tubuh manusia dan hampir tiada luka,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perjalanan sistem yang hanya terdapat di PPUKM, Hanafiah berkata, semua pakar bedah perlu membuat pendaftaran sebelum menggunakan dewan bedah OR1 melalui sistem komputer.

“Sebagai contoh mudah, semua peralatan itu seperti checkpoint kapal terbang. Selagi semua tidak di set dengan baik, ia tidak boleh berlepas, ini semua bagi memastikan tiada masalah kelak,” ujarnya.

Tambah Hanafiah, pakar bedah juga boleh mengawal pelbagai peralatan seperti lampu, kamera dan sebagainya seperti diinginkan mereka dengan hanya menyentuh paparan skrin umpama gajet iPhone atau iPad.

Dedah beliau, melalui OR1, pakar bedah juga mampu melakukan pembedahan secara bersendirian tanpa bantuan jururawat, namun perkara itu bergantung kepada jenis pembedahan.

Kesesuaian dewan bedah itu juga dilengkapi kemudahan telekonferens bagi pembedahan yang lebih kompleks. Sekiranya seseorang doktor memerlukan pandangan pakar yang berada jauh beribu kilometer sekali pun, mereka boleh berbincang melalui sidang video sahaja.

“Kita juga boleh melakukan pelbagai jenis pembedahan yang sebelum ini mungkin sukar dilaksanakan dan kini kita boleh lakukannya.



PAPARAN berdefinisi tinggi mampu mengurangkan kesilapan ketika melakukan pembedahan.



“Sebagai contoh, dengan teknologi buatan Jerman ini kita boleh melakukan pembedahan untuk bayi berusia seawal dua bulan sama ada yang mempunyai masalah paru-paru, ginjal, hati atau pun pankreas,” katanya.

Antara kelebihan melakukan pembedahan menerusi OR1 adalah pesakit cepat sembuh, kesakitan serta pendarahan juga kurang kerana potongan dilakukan secara minimum.

Bukan itu sahaja, pada hari pembedahan juga, pesakit sudah boleh pulang. Bagi orang dewasa, dua hari selepas pembedahan mereka boleh meneruskan kerja kembali.

Berbanding pembedahan yang dilakukan secara terbuka, selain rasa lebih sakit, pesakit akan ditahan di unit rawatan rapi (ICU) lebih daripada seminggu selepas pembedahan.

Bagaimanapun ujar Hanafiah, secanggih mana peralatan itu pasti terdapat kekangan yang menghalang. Salah satunya kekurangan tenaga mahir untuk menggunakannya kerana sistem berkenaan masih baru.

“Justeru, kami memerlukan lebih ramai pelatih dan sebab itu juga ASSC memperuntuk 12 makmal di kompleks yang turut menempatkan OR1 bagi melatih mereka mengendalikan alat itu dengan mahir.

“Kita tahu, pembedahan laparoskopik jika tidak dilatih dengan baik boleh membawa banyak kemudaratan kepada pesakit. Oleh itu, mereka perlu dilatih sebaik mungkin,” ujarnya.

Monday 2 May 2011

Mari mengenali ikan --> ikan layur

Assalamualaikum wbt...

Hari ni sy masak gulai kuning ikan layur....ni kiranye baru 1st time masak ikan ni. Sebelum ni mmg tak kenal pun ikan ni....kalau tgk sekali imbas, ingatkan ikan parang....tapi kalau tengok 2 atau 3 kali....ekor dia lain laa skit dari ikan parang....isi dia pun lain. Ikan parang banyak tulang, ikan layur tak....tapi nama pun ikan ...tulang tetap ada...hehehe...Isi dia sedap gak....kalau tak caya, boleh acu cuba try rasa...:)

sape-sape yang tak kenal ikan ni, sila tengok gambar kat bawah.




kalau tgk kat wiki, org jepun pun makan ikan ni - dimakan mentah (sashimi) atau dibakar. Diorang panggil ikan layur ni sebagai tachiuo. Orang Korea pulak menyebutnya sebagai galchi dan mengolahnya dengan digoreng atau dibakar. Ikan ini disukai karena dagingnya yang kenyal, tidak terlalu amis, tidak berminyak, serta mudah dilepas tulangnya.

Topi sape paling cantik....

Assalamualaikum wbt...

Wah...macam2 topi ada lam majlis perkahwinan William dan Kate yg lepas....ada yg kecik, ada yg besar...ada yg senget cam nak jatuh....dan macam2 ada.....:) Macam pertunjukan fesyen topi lak rasanya....Cubalah tengok sendiri kepelbagaian topi2 ini....

Jadi, agak2nya, topi sape yg paling cantik ek?

Beckham-Victoria di Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum wbt...

Beckham dan Posh pun hadir lam majlis perkahwinan....majlis perkahwinan sape? Ntah...sape ek....bukan majlis perkahwinan Zed Zaidi, bukan jugak majlis perkahwinan Pembawa Wacana (err...yg ni dah lama dah, for sure bukan)...Lam majlis perkahwinan Ujang pun bukan....











 Beckham dan isterinya Victoria kelihatan hadir dalam majlis perkahwinan diraja Putera William dan Kate. Patut laa macam kenal jer...rupa2nye mmg kenal pun....dan seperti biasa, Posh mmg selalu bergaya...dari jauh mmg dah cam dengan gaya topinya dan kasut tumit tingginye yg mmg tinggi...hehehe....