Monday, 2 May 2011

Satu jam cuma utk jahit seinci? Biar betul....

Assalamualaikum wbt....


Akhirnya kahwin jugak putera William dengan Catherine Middleton....eh diorang ni sebaya rupanya, lahir lam tahun yg sama, cuma tua Kate beberapa bulan dari William. Diorang ni mula berdating pada tahun 2003, bertunang pada Oktober 2010 dan telah selamat berkahwin pada 29 April 2011.


Tgk kat budak kat bawah tu, muka boring jer...hehehe

Majlis perkahwinan diraja William-Kate telah ditonton oleh lebih dari 2 billion orang dari seluruh dunia, dan boleh dikatakan Kate ialah tumpuan utama penonton. Semua nak tgk Kate dgn gaun pengantinnya. Kate anggun dengan gaun pengantin rekaan pereka terkenal, Sarah Burton dari gedung fesyen Alexander McQueen. Rekaan gaun tersebut adalah hasil dari gabungan idea Kate sendiri dengan Burton. Kate kerap bertemu Burton secara rahsia di studio Hampton Court Palace bagi membincangkan rekaan gaun pengantinnya menyifatkan Burton seorang pereka yang paling ideal.


Gaun yang mempunyai leretan sepanjang 2.7 meter dan berbentuk V di bahagian kolar itu diperbuat daripada fabrik gazar yang membantu mengindahkan teknik lipatan pada bahagian pinggang. Ia disertai korset yang direka mengikut stail tradisional era Victoria. Kaki gaun pula menggunakan material berkualiti seperti kain net yang digabung bersama renda kluni iaitu sejenis renda biku kasar yang diperbuat daripada benang linen atau benang kapas tebal berwarna putih gading.



Proses menjahit kain renda berkenaan cukup rumit dan mengambil masa yang lama.
Secara purata, sejam diperlukan bagi menyiapkan seinci jahitan walaupun proses itu dilakukan oleh tukang jahit profesional. Selain itu, semua petugas yang berusia antara 19 hingga 70 tahun diwajibkan membasuh tangan setiap 30 minit bagi memastikan kain renda warna putih itu tidak tercemar manakala setiap tiga jam tukang sulam harus menukar jarum yang lebih tajam agar kehalusan pembuatannya dikekalkan. Fuh....mmg teliti sungguh...

No comments:

Post a Comment