Wednesday, 13 April 2011

Antara faktor2 yg menyebabkan kita lupa

Pernahkah u all berdepan dengan situasi lupa kat mana letak dompet, lupa kunci kereta kat mana, lupa tutup suis lampu, lupa balik rumah...opssss...yg ni bahye nih...hahaha.... 

Apakah penyebab lupa sebenarnya.Ni ada beberapa sebab kenapa terjadinya L.U.P.A.

1) Bila fikiran kita tidak fokus pada apa yg kita buat, contohnya masa nak simpan kunci kereta tu kita tgh fikir benda lain, kesudahannya, kita lupa mana letaknya kunci kereta tu.

2) Terlalu banyak maklumat yg masuk ke otak, contohnya seorang pelajar sedang mengulangkaji pelajaran sambil mendengar lagu dan di samping itu berborak2 dengan rakan. Akibatnya, dia lupa apa yg dia telah baca sbb byk sangat maklumat yg masuk ke otak,

3) Jarang2 atau langsung tidak buat latihan rangsangan otak. Otak kita ni pun kena selalu exercise/bersenam gak...kena selalu ada input dan selalu memerah otak...hehehe....kalau kita tgk ahli akademik jarang2 ada yg pelupa kan....

4) Jarang2 atau tidak pernah bersenam. Bersenam ni bukan hanya bagus untuk kesihatan badan, tapi bagus juga untuk kecerdasan otak. Bila kita bersenam, aliran darah akan berjalan lancar ke seluruh tubuh badan terutamanya otak dan seterusnya kandungan oksigen mencukupi untuk otak berkerja.

5) Yg paling serius, kegagalan fungsi otak atau dementia. Otak tidak dapat mengeluarkan informasi disebabkan oleh gangguan sel otak. Penyakit yang menyerang sel saraf akan menyebabkan menurunnya fungsi mengingat dan seterusnya jika tidak diatasi, ingatan seseorang itu akan merosot teruk.

No comments:

Post a Comment