Thursday, 28 April 2011

Belajarlah menghargai apa yg ada disekeiling kita....

Assalamualaikum wbt...

Tadi lam facebook, ada ler aku terbaca status member aku sorang ni..." perangai manusia ...bile di depan mata x dihargai.. bile dah tiada baru terase kehilangan ... apa yg kite ade dirasakan x bagus.... kepunyaan org semuanya bagus/baik/cantik ...... "


Perkara camni aku rasa mmg selalu berlaku pada diri kita sendiri dan juga anda semua kan. Kenapa agaknya kita selalu tak berpuas hati dengan apa yg kita ada. Sebenarnya memang tabiat manusia, tak pernah puas dengan apa yg ada di depan mata. Dah ada rumah besar, nak rumah laaaggiii besar. Dah ada kereta, nak kereta besar, dah ada kereta besar, nak kereta yg laagiii besar. Duit pulak, dah cukup, nak jadi kaya, dah kaya nak jadi jutawan, dah jutawan, nak jadi bilionaire pulak....begitulah seterusnya. Yg laki pulak, nak awek cantik bini cantik. Bila dah tua, mula laa pandang awek2 muda yg cantik2 di luar sana....hahaha...jgn buat gini yaa...Kecantikan luaran itu hanyalah sementara, kecantikan rohani itu yg paling utama....Kalau cantik luar tapi dalaman tak cantik, tak bahagia gak....


Seharusnya kita patut bersyukur dengan apa yg telah kita miliki dan kecapi. Hargailah apa yg kita ada dan orang2 di sekeliling kita sementara masih ada. Jangan nanti bila dah tiada menyesal tak sudah. Satu lagi, Islam itu mementingkan kesederhanaan dalam hidup. Jangan lebih2. Takut nanti menimbulkan riak di dada. Lupa pula nak beramal ibadat akibat sibuk mengejar kehidupan duniawi yang sementara ini. Ingatlah, Allah itu Maha Berkuasa. Dia boleh memberi dan menarik apa2 yg telah diberikanNya pada kita....


Bukan nak kata aku ni bagus, aku pun kadang2 terlalai gak...:) Sama2lah kita tegur-menegur disamping mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kita....


Wassalam.





Anugerah Blogger of the year.....

Assalamualaikum wbt....
Dah berapa hari tak sempat nak update entri....errr, tak sempat ke tak dak idea...hehehe. Dua2 sebenarnya. Kalau ada idea, 5 minit pun dah cukup utk taip entri kan....Kalau takde idea, duk depan pc beberapa jam pun tak siap2 atau tak tertaip langsung...betul tak?

Nak citer pasal kisah harian, takde apa yg menarik pun utk dikongsikan bersama. Rutin harian biasa2 jer...kalau citer pun sure org taknak bacanyer...:D Lebih baik cari citer atau info yang best2 utk dikongsi di sinikan...

Hmm...sekarang ni semua blogger duk tengah bersaing utk jadik blogger of the year....Good Luck utk semua blogger ye. Semoga berjaya semua...:) Aja aja! Fighting! Aku? Aku hanya jadik pemerhati dan pengundi jer...undi jer semua blogger2 yg aku tau...ahaks...Ok gak tu kan....

Wassalam.

Monday, 25 April 2011

Beberapa fakta mengenai kuda laut.

Assalamualaikum wbt semua.

Sape tak kenal kuda laut sila angkat tangan. Ok, semua nampaknya kenal kuda lautkan. Ni aku saje2 nak kongsi beberapa fakta mengenai kuda laut skit.



* merupakan makhluk yg unik kerana rupabentuknya.

* pasangan yg mmg sangat2 setia, omputih kata mate for life.

* kuda laut jantan yg akan melahirkan anak2. Kuda laut betina akan mengeluarkan telur dan seterusnya akan disimpan dalam kantung perut kuda laut jantan. Telur2 itu akan disenyawakan oleh kuda laut jantan tersebut dan setelah cukup masanya, anak2 kuda laut akan dilahirkan oleh kuda laut jantan. Hmmm....mmg unik kan.

* kuda laut hanya dapat menganggukan kepala ke atas dan ke bawah, tetapi tidak dapat menggelengkan kepala atau menoleh ke kiri dan ke kanan. Ini disesuaikan dengan mata kuda laut yg dapat bergerak bebas, berputar-putar mengamati setiap sisi, jd tak perlu menoleh ke kiri atau ke kanan. Hebatnya kejadian Allah yg maha berkuasa....

* mempunyai kulit yang keras dan kuat sebagai pelindung dari segala bahaya sehingga tidak dapat dihancurkan dengan tangan.

* tidak mempunyai gigi dan perut, jadi makanan yg masuk akan terus di cerna dengan cepat. Jadi, kuda2 laut ini perlu makan dengan kerap untuk terus hidup.

Kpop: CNBLUE dulu dan sekarang...

Salam sejahtera semua...:) Hari ini hari isnin.....hahaha....mcm laa semua org tak tau. Saje je nak menceriakan suasana skit. Lagi pun hari ni, sure ramai yg masih malas2 nak mula keje kan....Biasa laa kan.

Jadi, korang semua kenal tak kumpulan dari korea ni, CNBLUE. Sape2 yg minat kpop, sure kenal kumpulan ni kan. Salah sorang ahli kumpulan tu, Jung Yong Hwa pernah berlakon dlm satu drama ni, You're Beautiful. Drama ni pernah ditayangkan di 8TV dulu. Memang best tau drama ni.

Sebenarnya, aku bukannye nak citer pasal drama tu. Tapi pasal penampilan dan rupa ahli-ahli kumpulan CNBLUE ni masa sekolah2 dulu dan sekarang. Nak tengok perbezaannya tak? Ni ada gambar2 diorang semua.

Ni rupa diorang sekarang



Masa zaman sekolah dulu2

Nak tau lagi citer2 pasal Kpop nih....sila klik sini.

Wednesday, 20 April 2011

Tips bersenam secara betul dan selamat

Bersenam bagus utk kesihatan kan....aku rasa pasti ramai pembaca2 semua yg selalu bersenam kan...tp bersenam pun ada garis panduannya. Ini adalah penting utk melindungi diri korang semua dari tercedera atau dari kejadian2 yg tidak diingini.

Berikut adalah garis panduannya:

1) Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan. - Yg ni penting utk org2 yg dah berumur dan yg ada penyakit kronik...kot2nye nnt pengsan ker apa ker masa bersenam tu....susah nanti...


2) Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas. Mula2 tu, bersenam laa lam lebih kurang 10-15 min jer dulu. Lps tu, boleh laa tambah 2-3 min setiap minggu sehingga jadi 30 min.


3) Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan utk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman. Kalau tak, nnt bangun tido esok pagi, badan korang rasa sakit2, susah pulak nak gi keje....


4) Menyejukkan badan dgn membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan regangan bg mengelakkan pening dan sakit.

5) Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.

6) Berhenti dengan serta-merta jika anda mengalami ketidakselesaan, sakit atau pening2.

7) Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yg sesuai. Jgn pakai high-heel laks...hehehe


8) Masa yg paling sesuai utk melakukan senaman ialah sebelum 9.30 pg atau pun selepas pukul 6 ptg. Sbb waktu lain2 tu panas laa....nnt hangus lak kulit korang semua...


9) Persekitaran tempat senaman perlulah mempunyai permukaan yg rata, suhu/kelembapan udara terkawal, kawasan redup/teduh dan tempat yang cukup terang.

10) Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan air dalam badan yang telah keluar sebagai peluh.

11) Amalkan senaman pernafasan antara senaman.

12) Jika anda mempunyai berat badan yg lebih a.k.a gemuk, jgn lakukan senaman yg terlalu agresif dan cuba minimakan pergerakan yg berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan otot.

wanita mudah masuk syurga....

Assalamualaikum wbt.....

Wanita mudah masuk syurga....betul ke? Tapi kalau salah langkah, wanita jugalah yg mudah masuk neraka....takutkan.

Ni ada satu hadis yg aku nak kongsikan di sini:


عَنْ عَبدُالرَّحْمَن بن العوف
اَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ
اِذَا صَلَّتِ الْمِرَأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا
وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَاطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيْلَ لَهَا
أُدْ خُلِى الْجَنَّةَ مِنْ اَيِّ اَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
Dari Abdurrahman bin Auf r.a.
 bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Jika perempuan mengerjakan solat yang lima ,
puasa Ramadhannya , memelihara kehormatannya
dan taat kepada suaminya maka akan dikatakan kepadanya
masuklah ke dalam syurga dari pintu yang mana saja engkau suka
Hadis riwayat Ahmad dan Thabarani


Renung-renungkan.....:)

Jual kek laa pulak.......:)

Assalamualaikum wbt kpd semua pembaca...:)

Baru jer balik dari menghantar anak2 ke sekolah. Sambil2 sarapan tu, sempat laa aku online jap. Sempat lagi tu. Kalau nak dikirakan kerja tu, mmg laa banyak, mmg takkan abisnyer. Malah, makin bertambah ada laa...ish, tak baik mengeluh. Tapi , tu ler kerja rutin as a fulltime housewife. Takpe....takpe...besar pahala tu..:D

Dulu, aku kerje gak, kat sebuah IPT di nun di sana.  Tapi selepas suami ku ditukarkan balik ke semenanjung, aku pun folo laa skali, masa tu aku amik cuti tanpa gaji jer dulu, sbb tgh sarat mengandung. Susah gak duk jauh2 kat tempat org. Jauh tu...oversea lagi....kena naik belon baru sampai...Lepas abis pantang dan lepas abis cuti, aku pun fly ler smula ke tpt keje aku. Tp bukan pegi keje tau....hehehe.... bg notis berhenti 24 jam....Tak sanggup rasanya berjauhan dgn org2 tersayang ni...Dah balik ke sini, rasa seronok lak jadik surirumah ni. Boleh meluangkan banyak masa dengan suami dan anak2.

Sekarang ni, ada laa aku bisnes kecil-kecilan. Jual kek lapis sarawak. Jual murah2 je. Tu pun hanyalah untuk sekitar Kuala Terengganu dan Kelantan jer...:) Bukan ape, kalau jauh2 tu, kos utk pos penghantaran tu agak mahal. Nanti mahal lak harga kek tu.

Kel Lapis Betawi


Kek Lapis Strawberi


Tuesday, 19 April 2011

Mari belajar bahasa korea

Assalamualaikum wbt....

Jom kita belajar bahasa korea...yang simple2 jer laa...aku sendiri pon bukannyer pandai sangat...:D Saje jer nak kongsi skit2...ni pun belajar dari drama2 korea yg aku selalu duk tgk tu. At least ada gak pekdah dok tgk citer2 korea tuh kan...

1) Ne   - Ya

2) Anio   - Tidak

3) Yeoboseyo   - Hello

4) Annyeong-haseyo   - Apa khabar

5) Kamsa hamida   - Terima kasih

6) Joseong hamnida   - Minta maaf

7) Yeogi    - di sini / ini

8) han-guk    - Korea Selatan

Selamat belajar semua...:)

usahawan burger yg kreatif....

Selamat pagi pembaca2 semua....kaifa haluka? (Apa khabar).

Pagi ni aku ada terbaca lam Kosmo! Online pasal seorang usahawan muda yg kreatif ni. Apasal dia kreatif? Kalau stakat buka gerai jual burger tu, aku rasa semua dah biasa sangat jumpa kan kat tepi2 jalan tu kan..yang ni lain skit...jual burger gak. Tapi lain skit....lain dari segi apa? Pakai roti gak, pakai daging burger gak....yang lainnya, daging burger tu dia kukus dulu, pastu dia grilkan pakai tempurung kelapa. Unik dan klasik dan kreatip kan.....Bila dah lain dari yang lain ni, sambutan pun mmg laa lain skit laa....ramai laa yg pergi ke gerai dia nih....dah siap bukak cawangan lak tu....Nanti nak tambah cawangan lain lagi tu....

Utk pengetahuan pembaca2 semua, usahawan tu siap ada ijazah dari UiTM. Jadi, kepada lepasan2 Univ yg masih belum ada kerja tu, janganlah rasa malu atau segan atau rendah diri untuk berniaga atau kerja sendiri. Tak semestinya kalau ada ijazah kena kerja lam pejabat yang ada aircond. Kerja sendiri atau berbisnes pun boleh dapat pulangan yang baik jika kena caranya. Yang penting, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan....Usaha kena lebih....Jadi pada anda semua, tepuk dada tanyalah selera.....:)






Monday, 18 April 2011

Telur bagus ke tak bagus utk kesihatan?

Menurut pakar pemakanan dari Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Shariza Abd. Razak, apa sahaja makanan yang diambil secara tidak terkawal ditambah gaya hidup yang tidak sihat pasti mendatangkan risiko penyakit kepada individu terbabit.
Beliau menasihatkan pengguna supaya mengambil tidak lebih daripada tiga biji telur ayam seminggu.
“Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan hiperlipidemia atau penyakit kardiovaskular, mereka tidak perlu mengikut had yang disarankan, cukup dengan mengambil makanan seimbang.
“Malah kajian terbaru mengatakan pengambilan telur bagi individu normal membantu mengimbangkan kandungan kolesterol dalam badan,” ulasnya.
Telur juga mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan oleh badan selain vitamin A, B12, D, asid folik, kolina dan kalsium.
Ia juga mengandungi asid lemak omega 3 yang membantu meningkatkan kandungan kolesterol baik dan mengurangkan risiko sakit jantung.
“Sungguhpun begitu, jika seseorang menghidap penyakit kardiovaskular tetapi sangat meminati telur, mereka disarankan mengambil bahagian putihnya sahaja.
“Pengambilan secara mentah pula tidak digalakkan kerana berkemungkinan mengandungi kuman Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan,” ujar Shariza lagi.
Shariza menambah, sebaik-baiknya telur direbus dan tidak digoreng kerana ia akan menambah kandungan lemak dan kalori.
Sejak dahulu lagi, telur sering dikaitkan sebagai salah satu makanan afrodisiak dan mampu meningkatkan tenaga seksual kaum lelaki lebih-lebih lagi telur ayam kampung yang bebas kimia.
Bagaimanapun, Shariza berkata tiada bukti saintifik mengatakan telur dapat meningkat kesihatan seksual.
Tetapi secara logik, jika kita makan makanan yang berzat, tubuh akan berfungsi secara optimum.
DUA biji telur untuk sarapan pagi pasti mengenyangkan.


“Telur pula merupakan makanan lengkap yang diperlukan oleh badan, jadi pengambilannya boleh menyihatkan tubuh,” katanya.
Bagi atlet bina badan, telur merupakan makanan yang disyorkan kerana kandungan proteinnya.
Namun, ia juga perlu disertakan dengan corak pemakanan yang betul dan rutin senaman yang berkala bagi membina otot.
Shariza menambah, bagi mereka yang sentiasa mengalami kekangan waktu untuk mengambil sarapan, mereka disarankan mengambil sebiji telur sehari.
“Ia sudah cukup untuk membekalkan sebanyak 70 kalori dan mengenyangkan,” katanya.
Sebiji telur dianggarkan mengandungi lima gram protein serta merangkumi 12 peratus daripada keperluan protein harian.
Jika pengambilan protein terlalu tinggi, ia akan menyebabkan penghasilan keton.
“Keton merupakan bahan toksik kepada tubuh yang boleh mengakibatkan ginjal dan buah pinggang mengalami beban untuk mengeluarkannya daripada badan.
“Selain itu, ia akan memberi tekanan terhadap jantung dan berhadapan risiko penyahhidratan akibat proses tersebut,” kata Shariza lagi.
Namun, risiko pengambilan lebihan protein adalah rendah kecuali kepada atlet yang terlibat dengan sukan tertentu kerana mereka memerlukan protein dalam jumlah yang besar.
Di pasaran, banyak produk telur didakwa memiliki kandungan asid lemak omega 3 yang baik untuk kesihatan.
Menurut Shariza, telur tersebut biasanya mempunyai kandungan omega 3 tinggi sedikit daripada telur biasa.
Ulasnya, telur tersebut terhasil oleh cara penternakan ayam melalui pemberian makanan yang telah diformulasikan.
“Jika individu yang serius untuk meningkatkan pengambilan omega 3, lebih baik mereka mengambil hidangan ikan kerana ikan mengandungi asid lemak itu dalam kadar yang lebih tinggi,” ulasnya.

Jom jalan2 ke Kuala Terengganu.....

Salam ceria semua...:)
Hmm...apa aku nak taipkan kat sini hari ni yer. Tengah pk ni....pk pk, jgn tak pk....Haaa, apa kata kalau aku citer pasal tempat2 menarik kat Kuala Terengganu ni, ye laa, dah aku duk di sini kat KT, nnt senang laa skit sapa2 yg nak mai jalan2 ke sini kan...kan...kan...

Tempat2 menarik kat sini ialah:

1) Pasar Besar Kedai Payang aka Pasar Payang- ni adalah tempat yg biasanye orang akan singgah bila datang ke KT. Kat sini ada jual macam2, cam pasar besar kat tempat lain gaks....ada telur penyu, ada kuih-muih tradisional terengganu, kain songket, kain batik, dan macam2 lagi.

2) Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man- ni pun adalah tarikan utama kat sape2 yg datang ke KT ni. Ia adalah merupakan sebuah taman tema yg mengumpulkan koleksi replika masjid dan monumen hasil senibina Islam yang terkenal dari seluruh dunia. Kat sini lah juga terletaknya masjid kristal.

3) Masjid Terapung, Kuala Ibai - juga dikenali sebagai Masjid Tengku Tengah Zaharah. Ia terletak hampir dengan jalan utama KT-Kuantan dan dekat ngan taman rekreasi pantai Kuala Ibai. Mmg nampak jelas dari tepi jalan.

4) Losong - Kalau pegi kat sini, mmg banyak kedai2 kat tepi jalan yg membuat dan menjual keropok yang terkenal dgn panggilannya keropok losong....boleh tahan nak pilih, ikut selera masing2....:)

5) Muzium Terengganu - khabarnya muzium terbesar di Asia Tenggara. Aku sendiri pun lom singgah lagi....kalau nak ke Taman Tamadun Islam, mmg lalu depan muzium ni dulu....

Tu laa serba-sedikit tempat2 menarik sekitar kawasan Kuala Terengganu....

Sunday, 17 April 2011

Balik kampung duk hotel? Nape lak ni...

Salam semua...
Minggu lepas aku ada terbaca dlm utusan online, pasal trend orang zaman sekarang yg lebih suka duk di hotel bila balik ke kampung halaman. Kenapa jadi camtu ek? Macam2 alasan yg dia beri, "duk rumah mak panas laa, takde air-cond". Padahal masa kecik2 dulu, dia dibesarkan di rumah tu aje. Dah kalau byk duit sangat, belikan laa air-cond, letak kat rumah mak ayah...bukannye susah sangat pun...hehehe. Saje jer nak buat alasan tu....

Renung-renungkan lah.....:D

terkial-kial...terkedek-kedek....

Assalamualaikum wbt wahai pembaca2 blog ku....:D

Sape agaknya yg terkial-kial dan terkedek-kedek tu? Cuba kalian semua teka.....jeng jeng jeng.....sape lagi kalau bukan aku....saya budak baru belajar berblog.....:D
Semangat gak nak tambah kenalan2 baru, tapi bila buka blog kawan2, dah abis le tour d blog,  terkial2 gak laa nak tinggalkan komen, nak follow, sbb tak jumpa nak klik kat mana...hahahha.....ntah apa2 laa aku nih....masih blurr lg agaknye...kena laa biasakan diri dgn susun atur blog nih.....

Friday, 15 April 2011

Sape peminat Yoon Eun Hye, sila angkat tangan...

Sape2 yg minat k-drama, sure kenal sape Yoon Eun Hye kan....alaa yg berlakon citer The 1st Shop of Coffee Prince dan Take Care of The Young Lady.....tu antara citer yg best laa. Ada lagi citer lain yg dia dah berlakon.

Dia akan muncul lagi dalam drama Lie To Me yg akan mula bersiaran pada 9 Mei nanti. Drama ni berunsurkan genre romantik komedi. Tengok dari ringkasan citer dia tu cam best gak. Citer ni berkisar ttg Gong Ah Jun (YEH) yg terperangkap dalam pelbagai masalah apabila dia secara tidak sengaja telah berbohong telah berkahwin dgn Hyun Ki Joon (Kang Ji Hwan), seorang CEO elit dari keluarga ternama. Hubungan mereka bertambah sukar apabila bekas tunang Ki Joon dan kawan rapat adiknya Oh Yoon Joo kembali di dalam kehidupan Ki Joon. Jadi pada sape2 yg minat kat lakonan Yoon Eun Hye nih, nantikan kemunculannye dalam drama ini nanti....tunggguuu.....

Kelantan vs KL

Selamat pagi semua...:) Pagi yang cerah hari ni. Alhamdulillah....

Hari ni, aku nak muatkan satu kisah ketika aku belajar english course di CML (Centre of Modern Language) di Port Klang. Ni adalah kursus Bahasa Inggeris intensif utk pelajar2 lepasan SPM dari seluruh MRSM. Aku rasa skang ni tempat tu dah takde, bukan bangunan2 kat situ yg takde, tp CML tu laa. Bangunan2 kat situ dah digunakan utk kegunaan lain kot...Byk gak kenangan2 masa kat situ.

Kami ditempatkan di rumah flat yg mmg berdekatan dgn tempat belajar. Satu hari tu, kawan aku si A dari KL dan si B dari Kelantan ni tgh borak2 lam rumah.

A : Hari ni ada pasar malam laa kat sini...

B: Ye ke...bestnye. Jom kita gi slalu.

A: Aku mmg selalu gi pasar malam tu.

B: Dah tu, jom laa kita gi slalu....

A: (Sambil garu2 kepala) Boleh...apa salahnye

B: Jom laaa...aku dah lapar ni.....

*selalu (Kelantan) = sekarang juga
*selalu = kerap

Thursday, 14 April 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Santai Bersama BEN ASHAARI

Kasi gegar punye!!!  >>> SILA KLIK <<<

Suatu waktu dahulu.....

Dulu2 masa aku kecik, bila time nak raya, mlm tu jenuh duk mengukur (bukan mengukur menyukat tu....tp kukur kelapa) nyior utk buat kuah satay atau gulai ayam utk dimakan di pagi raya. Masing2 amik giliran....hahaha....letih jugak nak kukur kelapa2 tuh. Abih lenguh lengan, bahu dan pinggang....(org tak biasa keje kuat camtu laaa...huhuhu). Tp skang ni, semua dah mudah, pakai mesin je kelapa2 tu....tak pun beli jer santan yg dah siap tu....nak mudah lg, beli jer santan kotak....

Eh cakap pasal kukuran nyior nih, ada yg tak kenal ke apa benda tu? Haaa.....kalau ada yg tak kenal, ni ada aku tempek gambar kat sini. Skang ni pun masih ada dijual, tp tak banyak sangat laa, susah skit nak cari. Kalau kat Kelantan, di Pasar Siti Khadijah (tpt lain pun ada, tp tak tau....) Kalau di Terengganu, kat Pasar Payang. Kalau kat tempat2 lain, aku tak sure kat mana.....Tp masih ada ke org nak pakai kukuran ni? Kat rumah aku masih ada lg aku guna, tp tu pun jarang2.


Wednesday, 13 April 2011

Antara faktor2 yg menyebabkan kita lupa

Pernahkah u all berdepan dengan situasi lupa kat mana letak dompet, lupa kunci kereta kat mana, lupa tutup suis lampu, lupa balik rumah...opssss...yg ni bahye nih...hahaha.... 

Apakah penyebab lupa sebenarnya.Ni ada beberapa sebab kenapa terjadinya L.U.P.A.

1) Bila fikiran kita tidak fokus pada apa yg kita buat, contohnya masa nak simpan kunci kereta tu kita tgh fikir benda lain, kesudahannya, kita lupa mana letaknya kunci kereta tu.

2) Terlalu banyak maklumat yg masuk ke otak, contohnya seorang pelajar sedang mengulangkaji pelajaran sambil mendengar lagu dan di samping itu berborak2 dengan rakan. Akibatnya, dia lupa apa yg dia telah baca sbb byk sangat maklumat yg masuk ke otak,

3) Jarang2 atau langsung tidak buat latihan rangsangan otak. Otak kita ni pun kena selalu exercise/bersenam gak...kena selalu ada input dan selalu memerah otak...hehehe....kalau kita tgk ahli akademik jarang2 ada yg pelupa kan....

4) Jarang2 atau tidak pernah bersenam. Bersenam ni bukan hanya bagus untuk kesihatan badan, tapi bagus juga untuk kecerdasan otak. Bila kita bersenam, aliran darah akan berjalan lancar ke seluruh tubuh badan terutamanya otak dan seterusnya kandungan oksigen mencukupi untuk otak berkerja.

5) Yg paling serius, kegagalan fungsi otak atau dementia. Otak tidak dapat mengeluarkan informasi disebabkan oleh gangguan sel otak. Penyakit yang menyerang sel saraf akan menyebabkan menurunnya fungsi mengingat dan seterusnya jika tidak diatasi, ingatan seseorang itu akan merosot teruk.

Salam Perkenalan....:)

Salam perkenalan buat pembaca2 blog...:) Blog ini dinamakan Cerita Rojak kerana pelbagai jenis cerita dan coretan akan dipaparkan disini...tak kira apa jenis kategori (kecuali kategori yg terlampau :D), dari kisah seharian, isu2 semasa, hiburan, keagamaan dan macam-macam lagi.....macam-macam adaaa.....

Jadi, diharapkan kepada semua pembaca dan blogger2 di luar sana....berilah tunjuk ajar kpd saya yg baru nak belajar berblog ini.....:) Sebarang teguran2 yang membina amatlah dialu-alukan.....Kamsa hamida....(pengaruh citer korea dan kpop...hahaha)